Utama | Tenaga Pengajar | Jawatankuasa | Program/Aktiviti | Penempatan | Projek Pembangunan | Tabung | Hubungi
Madrasah An-Najah Bukit Keledang (مدرسة النجاح كمفوغ بوكية كليدغ)
TABUNG DERMA PEMBANGUNAN
MADRASAH AN-NAJAH
(SKIM AMAL JARIAH)


Bank-in terus ke akaun “madrasah An-najah” di Bank Islam Malaysia Berhad Nombor Akaun 0602 8010 0197 59

papanMadrasah An-Najah dikenali dengan panggilan Pondok Bukit Keledang.  Memandangkan pondok ini adalah sebuah institusi pendidikan yang bergerak secara persendirian, tanpa sebarang bantuan kewangan dari pihak kerajaan, maka diharapkan Muslimin dan Muslimat dapat menyumbang bagi menjayakan tabung pembangunan dengan seberapa ikhlas.

Pondok An-Najah ini telah diasaskan oleh Almarhum Tuan Guru Hj.Abdullah bin Mohammad, lahir pada tahun 1916 di Kampung Guai.  Tuan guru lebih dikenali dengan panggilan TOK GURU HAJI DOLLAH atau ABAH.  Meninggalkan 2 orang isteri dan 4 orang anak.  Pendidikan di Pondok Lambur Wakaf Baru, Kelantan, Tn. Guru Haji Awang.  Pondok Jambu Kota Bharu, Kelantan Tn.Guru Hj. Mohamad pauh.  Pondok Bunut Payung, Kelantan Tn.Guru Hj.Abdullah Tahir.Pondok ini mula dibuka pada tahun 1957 hingga sekarang.

Pada tahun 1961 – Sekolah Arab Perempuan sahaja selama 3 tahun.  Dalam tahun 1973 dibantu oleh menantunya Tuan Guru Hj. Mohammad b Illias, lahir pada tahun 1945 berasal dari Kg Tualang Salak Jelawat Bachok, Bachok, Kelantan.  Pendidikan di Pondok Terusan Pasir Tumbuh Kota Bharu, Kelantan (tahun 1956-1969), berguru dengan Tn. Guru Hj.Mustafa b. Abu Bakar dan Tn. Guru Hj. Abdul Aziz b. Abu Bakar.

Pada tahun 1974, Almarhum Tn.Guru Hj.Abdullah membuka pondok di Padang Luas, Berra (Madrasah Darul Huda, Bera) sehingga 1996.  Sekarang diteruskan oleh Ustaz Sulaiman b. Mohammad(Tenaga Pengajar).  Beliau ialah sepupu kepada Almarhum Tuan Guru.  Pendidikan Agama Sepenuhnya dan Menyeluruh menggunakan Kitab Pondok, Kitab Arab dan Jawi serta Ilmu Alat.  Pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke Pondok Moden di Kelantan dan juga ke Timur Tengah (Mesir,Yaman).

Foto Surau An-Najah
papan papan